Pertubuhan Hindraf yang telah dibubarkan, mahu salah seorang pemimpin yang masih ditahan di Kamunting, M. Manoharan kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah.
Pada waktu yang sama, Hindraf mempersalahkan Pakatan Rakyat kerana tidak mengambil usaha yang menyeluruh untuk membebaskan Manoharan daripada tahanan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Kami merayu kepada Manoharan supaya mempertimbangkan semula keputusannya (yang kini serius mempertimbangkan untuk mengosongkan kerusi DUN).
"Penduduk di Kota Alam Shah tahu siapa yang mereka mengundi apabila memilih Manoharan sebagai wakil mereka," kata Pengerusi Hindraf, P. Waythamoorthy dalam satu kenyataan hari ini.
Kata beliau, Hindraf percaya bahawa pengundi Kota Alam Shah telah bersedia untuk menghadapi keadaan yang dilalui sekarang apabila wakil rakyat mereka tidak dapat bersama mereka secara fizikal kerana ditahan di bawah ISA.
"Oleh kerana pengundi berada 100 peratus berada bersama wakil rakyat mereka, Manoharan tidak harus letak jawatan dan perlu terus kekal sebagai wakil rakyat kerusi itu," katanya lagi.
Waythamoorthy berkata, Hindraf juga kecewa kerana selain kenyataan media tiada tindakan konstruktif dan positif di pihak Pakatan untuk membebaskan Manoharan ataupun mengurangkan bebannya dalam usaha berkhidmat kepada pengundi-pengundinya. "Rakan-rakan dalam Pakatan perlu memperlihatkan tanggungjawab mereka dengan serius untuk mengekalkan keyakinan yang diletakkan pada mereka dengan mengambil tindakan-tindakan proaktif dan kempen berterusan untuk membebaskan Manoharan dan kesemua tahanan yang lain," katanya lagi.
Kelmarin, Manoharan mengesahkan beliau sedang memikirkan untuk mengosongkan kerusi itu kerana rasa bersalah dan tidak adil tidak mampu menunaikan tanggungjawab kepada pengundi serta menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.
Penasihat Undang-Undang pertubuhan haram Hindraf itu ditahan pada 13 Disember 2007. Pada pilihan raya umum 8 Mac 2008, Manoharan memenangi DUN Kota Alam Shah mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Ching Su Chen.
Sementara itu, Kerajaan Selangor menjelaskan Exco serta Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) membantu memberi perkhidmatan kepada penduduk Kota Alam Shah walaupun Manoharan ditahan ISA.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkata, bantuan bagi memastikan kerajaan negeri terus menjaga kebajikan pengundi di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, selain isteri Manoharan, S Pushpaneela, empat lagi pembantu dilantik bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk.
Welcome Message
“SATHANAI NAMATHE KAYILE,SARITIRUM PADAIPUM NATHILE" INBEME SOOLGE ELOROM VALGE!!!
First of all i like to invite you all to our blog.If you feel free please view our blog which be updated from time to time.Any comment please post to us.
First of all i like to invite you all to our blog.If you feel free please view our blog which be updated from time to time.Any comment please post to us.
We always ready to serve.
Thanks you
Venothan kathalingam
(Gopeng MIC Youth Leader)
Author By: Venothan kathalingam
Thanks you
Venothan kathalingam
(Gopeng MIC Youth Leader)
Author By: Venothan kathalingam
Monday, May 4, 2009
Hindraf mahu Manogaran kekal ADUN, pertikai peranan Pakatan
Posted by
micyouthgopeng
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment