Smile WELCOME TO MIC YOUTH GOPENG 'S BLOG'

Welcome Message

SATHANAI NAMATHE KAYILE,SARITIRUM PADAIPUM NATHILE" INBEME SOOLGE ELOROM VALGE!!!


First of all i like to invite you all to our blog.If you feel free please view our blog which be updated from time to time.Any comment please post to us.
We always ready to serve.

Thanks you



Venothan kathalingam

(Gopeng MIC Youth Leader)





Author By: Venothan kathalingam

Thursday, May 14, 2009

Parti muncul dan berkubur, tapi MIC kekal bertahan...

MIC tidak akan tergugat walaupun pemimpin Hindraf yang baru dibebaskan dari tahanan di bawah ISA mahu menubuhkan parti politik, kata Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Menurutnya, dalam tempoh beberapa dekad yang lalu, banyak parti politik kaum India muncul tetapi kemudiannya berkubur begitu sahaja, tetapi MIC terus kekal bertahan."Selama 64 tahun kewujudan MIC, begitu banyak parti politik kaum India ditubuhkan, tetapi tidak lama selepas itu, ianya berkubur... Ia bukan satu ancaman kepada kita," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Menyentuh tentang populariti Hindraf, Samy Vellu berkata, terdapat satu soalan yang masih belum terjawab."Berapa besarkah penyokong pemimpin Hindraf, beberapa peratuskah sokongan yang mereka ada, kita tidak boleh menilainya berdasarkan kepada apa yang kita lihat pada 25 November 2007 (sewaktu protes jalanan)."MIC ada cara baru untuk berbuat sesuatu, cara baru untuk menarik orang muda datang dan bekerja dengan MIC sekarang," tambahnya.Samy Vellu diminta mengulas mengenai kemungkinan Hindraf menubuhkan parti politik bagi melebarkan lagi perjuangannya.

Ini ekoran keputusan kerajaan membebaskan kesemua lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA.Mereka ditahan pada Disember 2007selepas mengadakan protes besar-besaran yang disertai ribuan penduduk India Malaysia bagi menyuarakan kekecewaan mereka terhadap kerajaan.Hindraf kemudiannya diharamkan oleh kerajaan hingga sekarang.

Kecam ManoharanDitanya mengenai kemungkinan mengadakan dialog dengan pemimpin Hindraf, Samy Vellu mengecam seorang pemimpin Hindraf, M Manoharan.Katanya, beliau tidak akan berdialog dengan pemimpin Hindraf ekoran kenyataan yang dibuat oleh Manoharan dalam reaksinya terhadap kenyataan setiausaha agung MIC, Datuk Dr S Subramaniam."Bila saya berkata hello, bolehkah saya berjabat tangan dengan anda dan anda menggigit tangan saya, itu bukan (sifat) manusia, kita tidak meminta mereka menyertai MIC, kita tidak mahu mereka, gayanya amat berbeza, dia orang DAP, macam mana kita nak minta mereka menyertai (MIC)? MIC adalah MIC, DAP adalah DAP."Budaya mereka juga amat berbeza, (budaya) mereka adalah budaya pembangkang," tambahnya.

Manoharan, yang juga ADUN Kota Alam Shah dilaporkan berkata, beliau tidak akan sekali-kali menyertai MIC kerana beliau dilahirkan untuk bersama DAP.Manoharan berkata, beliau juga menolak budaya MIC dan kerana itulah beliau tidak membenarkan penyokongnya memakaikannya kalungan bunga sewaktu dibebaskan dari Kamunting.Sebelum itu, MIC melancarkan portal barunya untuk berinteraksi dengan golongan muda kaum India melalui internet.Menurut Samy Vellu, portal tersebut akan dijadikan lidah rasmi parti itu dan untuk pendaftaran ahli melalui talian."Masyarakat kini boleh berinteraksi dan berkomunikasi dengan MIC pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Kita mahu mendengar suara masyarakat, kita mahu mereka memberitahu kita apa yang mereka mahu dan bagaimana kita boleh membantu mereka."Bila kita buat silap, kita mahu masyarakat memberitahu kita, menasihat kita dan memberi cadangan. Inilah bentuk hubungan yang kita mahu wujudkan dengan pihak masyarakat," tambahnya.

No comments:

 
Print this page